Sabtu, 8 Ogos 2009

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU : DOKTRIN MENDAULATKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA


Semerah. Raja Muda Perak, raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan kepada semua warganegara mengenai 7 Wasiat Raja-Raja Melayu (7WRRM) ketika proses kemerdekaan tanahair yang diperkenankan pada 5 Ogos 1957 di King's House (Carcosa Seri Negara). Sembilan raja pemerintah Raja-Raja Melayu dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah menganugerahi wasiat ini untuk kaum Melayu dan kaum bukan Melayu yang akan mendiami Persekutuan Tanah Melayu. Wasiat keramat berbunyi sebagini :-

"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kami bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera."

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Tiada ulasan: