Jumaat, 28 Ogos 2009

KEPALA LEMBU VS KEPALA BABI

Dulu kita dikejutkan dengan kepala babi digantung di pagar masjid dan beberapa tempat peranginan di Melaka. Insiden berkenaan telah menggemparkan penduduk sekitar kerana orang bukan Islam telah berani menyuarakan tentangan secara terang-terangan dalam sebuah negara yang agama Islam menjadi agama rasmi di samping membenarkan agama lain bebas dianuti. Kini insiden yang hampir sama berlaku. Kali bukan kepala babi tetapi kepala lembu. Segelintir penduduk Seksyen 23 Shah Alam berarak dari Masjid Negeri ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor lepas solat Jumaat untuk meluahkan emosi protes dengan membawa kepala lembu yang disembelih ke bangunan SUK. Bantahannya ialah terhadap cadangan pembinaan kuil di kawasan mereka yang majoriti penduduk terdiri dari orang Melayu (Islam).
Kalau babi amat sensitif kepada penganut Islam ; lembu sungguh sensitif kepada penganut Hindu. Maka kontroversi bab kepala lembu jadi lebih bising apabila ada kalangan pemimpin dan pertubuhan orang India membantah demontrasi panas itu. Ia bukan anjuran mana-mana parti politik. Penduduk tergolong daripada penyokong pelbagai parti termasuk UMNO, PKR dan PAS sendiri (boleh pulak bersatu!) bangkit setelah mendakwa suara mereka tidak dapat perhatian daripada Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Matlamatnya mahu kerajaan negeri Selangor membatalkan pembinaan kuil di kawasan mereka dan memindahkannya ke Seksyen 22 yang merupakan lokasi asal rumah ibadat tersebut.
Inilah kesan apabila pihak berwajib tidak mendengar suara penduduk setempat. Penduduk akan rasa terpinggir kerana pihak kerajaan negeri asyik mengambil selera orang bukan Islam dan mengetepikan permintaan orang Islam. Juga tamparan hebat kepada orang bukan Islam agar jangan merendah-rendahkan kredibiliti orang-orang Islam. Orang-orang Melayu (Islam) akan bangkit kalau tiba masanya. Siapa yang boleh tahan apabila semua permintaan orang kafir di Selangor dipenuhi. Bangkitlah wahai orang Melayu dan penganut Islam. Kita tunggu apa jawapan Tan Sri Khalid Ibrahim !!!

Tiada ulasan: