Isnin, 17 September 2012

SALAH FAHAM MENGENAI NEGARA KITA : BETULKAN SEGERA TANGGAPAN SALAH INI !

Baru-baru ini saya menghadiri Sesi Penerangan Mengenai Perlembagaan pada 15 Sept 2012 di Dewan UMNO Pagoh. Sangat menarik penerangan oleh Tn Hj Mahamad Naser bin Disa. Berikut edaran yang diberikan kepada saya dan saya petik melalui blog http://akarimomar.wordpress.com/2012/04/07/hijrah-minda/

Berikut adalah edaran tersebut :

Islam Agama Negara: Undang-undang Tertinggi Negara

Tn Hj Mahamad Naser bin Disa
Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negara ini memartabatkan Islam sebagai Agama Negara – Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – “Islam adalah agama bagi Persekutuan;” atau dalam teks asalnya  “Islam is the religion of the Federation;”[2] Jika diterjemahkan ke bahasa Arab ia bermaksud – “Al Islam deen alDawlah”. Bersandar kepada ketinggian kedudukan Islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.
Atas sifat dan kedudukan Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara (The Supreme Head of Federation), semua pihak yang ada hubung kait dengan pemerintahan Negara ini juga terikat untuk melaksanakan sumpah berkenaan kerana segala urusan pemerintahan dalam Negara ini bersumberkan kepada kuasa eksekutif Baginda sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, berpaksikan kepada kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan komitmen Ketua Utama Negara, segala agenda Negara sama ada dalam bentuk dasar mahupun perundangan semestinya berpaksikan kepada prinsip Islam dan tidak boleh sama sekali menyanggahi atau menjejaskan ketinggian dan kedaulatan Agama Negara.
Seluruh dasar dan agenda pembangunan Negara semestinya berteraskan kepada prinsip Agama Negara dan bukan pemikiran atau pengaruh pemikiran sekularisme dan liberalisme kerana sifat kedua-dua pemikiran itu masing-masing menyisih dan menghakis agama dari kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Rakyat Negara ini seharusnya menyedari dan bersyukur sebagai kerangka asas Negara, Islam telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa sifat kemanusiaan yang dipupuk dalam minda umat Melayu/Islam, Negara Malaysia telah berjaya membawa semua kaum sama ada yang beragama Islam atau bukan beragama Islam ke mercu kejayaan dan keamanan yang berpanjangan – bebas dari cengkaman penjajah dan bebas dari ancaman komunis dan segala bentuk ancaman. Justeru, ketika rakyat Negara ini menikmati rahmat pembangunan dan keamanan ini, tiada pilihan lain selain dari terus memartabatkan kedaulatan dan ketinggian agama Islam sebagai Agama Negara.

Jumaat, 16 Disember 2011

APA LAGILAH DATUK ZUKLIFLI NORDIN TENTANG ANWAR

Penjelasan Datuk Zuklifli Nordin mengenai kes liwat Anwar Ibrahim:-


Sabtu, 10 Disember 2011

APAKAH PANDANGAN DR ASRI BERKENAAN HUDUD DAN JIHAD

Saksikan penjelasan Dr Asri berkenaan konsep hukum hudud dan pelaksanaannya serta pemahaman jihad :-

Rabu, 7 Disember 2011

PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH PENGANUT LAIN : PERANGKAP ?

Saksikan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Harun Din berkenaan penggunaan nama Allah kepada penganut agama lain.


Lu fikirlah sendiri !

Juga penjelasan dari Datuk Taib Azamuddin

Lihat juga penjelasan dari  Ust ini  :-

Boleh juga tonton penjelasan Ustaz Elias Kazem berkenaan penggunaan nama Allah oleh penganut agama lain.Kita wajib menjaga nama Allah daripada diambil oleh agama lain.

Sabtu, 5 November 2011

KISAH BUKIT KEPONG : ANTARA MAT INDERA , MAT SABU & PKM

Kita tetap tidak boleh mengakui Mat Indera sebagai pendukung kemerdekaan, hero, pejuang atau sebagainya. Walaupun beliau masuk PKM dengan tujuan memperjuangkan kemerdekaan, tapi ini tidak boleh diterima sama sekali kerana banyak nyawa terkorban khususnya orang Melayu yang sebangsa dan seagama dengannya. Dan beliau sendiri memang ahli PKM yang aktif. 
Kes Bukit Kepong adalah satu kes berat yang menampakkan ketokohan Mat Indera dalam memperjuangkan ideologi komunis sehingga sanggup merancang strategi menyerang balai polis Bukit Kepong sehingga berlaku pertumpahan darah orang Melayu. Orang seperti Mat Indera tidak boleh kita iktiraf sebagai pejuang kemerdekaan atau hero !