Rabu, 26 Ogos 2009

DULU LAIN SEKARANG LAIN




Jika dahulu di Johor yang menjadi kubu kuat BN, ada pepatah politik dimomokkan di Johor iaitu "kalau batang pisang diletakkan menjadi calon BN ; BN tetap akan menang". Begitulah suara sengau para pembangkang di Johor yang diucapkan sebelum PRU12. Kini pepatah tersebut tidak sesuai lagi di Johor khususnya malah di negara kita amnya. Johor bukanlah negeri selamat kepada BN atau benteng terakhir BN di Semenanjung.
Melihat kepada senario politik tanah air, pepatah tersebut boleh ditukar kepada pepatah politik berikut iaitu"kalau kepala babi diletakkan menjadi calon PR ; PR tetap akan menang".
Kalau kita melihat senario politik tanahair, mungkin kita boleh mengandaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bakal PM Malaysia ke-7. Mungkin juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri Malaysia. Atau mungkin Lim Kit Siang BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA !!! Perubahan drastik mungkin akan berlaku. Karpal Singh akan menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan anaknya Gobinh Singh Deo akan PEGUAM NEGARA. Datuk Seri Chia Jiu Meng kembali mengetuai Kementerian Kesihatan. V.Sivakumar pula dilantik menjadi Speaker Dewan Rakyat. Mungkin...segalanya mungkin.

Tiada ulasan: