Ahad, 24 Ogos 2008

ERTI DEMOKRASI

Dahulu erti demokrasi ialah dari rakyat kepada rakyat iaitu daripada perkataan sanskrit Yunani. Maksudnya memilih pemerintah atau pemimpin berdasarkan suara majoriti. Yang paling kita ingat ialah ciri UTAMAnya ialah mengadakan pilihanraya untuk memilih pemerintah atau pemimpin.
Konsep tersebut digunapakai sekian lama sehinggalah sekarang hampir 80% negara-negara di dunia mengamalkan amalan demokrasi. Cuma ada negara yang mengasimilasikan mengikut kesesuaian negara berkenaan. Contohnya negara Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan.
Antara lain demokrasi ini juga menganjurkan istilah kebebasan atau hak asasi.

Khamis, 21 Ogos 2008

SEAMAT DATANG KE BLOGKU

Assalammualaikum w.b.t. dan salam perpaduan. Tempias kecanggihan ICT telah membawa kemajuan pada diri saya untuk menyampaikan nukilan dan bicara kata untuk tatapan semua pembaca. Yang baik itu hanyalah dari Allah yang menyampaikan hidayah kepada saya untuk menulis dalam blog ini.
Yang tidak baik kerana kedangkalan dan kelemahan saya. Yang baik diturut, yang buruk dijauhi. Ini bukanlah blog pertama saya. Telah ada blog-blog lain. Tetapi blog ini khusus untuk perkembangan politik, kemasyarakatan dan kenegaraan.
Selamat berkongsi pandangan. Wassalam dan salam sejahtera.