Ahad, 30 Ogos 2009

LAKARAN SUKA DUKA SEJARAH KEMERDEKAAN NEGARA

Kemerdekaan negara hendaklah dipertahankan dan dikekalkan walau dengan apa cara pun. Sempena Hari Kemerdekaan, marilah kita ungkaikan lakaran sejarah yang membawa kepada kemerdekaan negara. Kesultanan Melayu Melaka mencoretkan sejarah kepada era permulaan pembentukan negara berdaulat yang bertitik tolak pada tahun 1400. Namun perjalanan sejarah  Melaka hanya bertahan sehingga tahun 1511 dengan noktahnya berakhir dengan serangan Portugis ke atas Melaka. Dengan itu bermulalah era kolonial kuasa asing ke atas Tanah Melayu. Dengan dasar yang mencengkam penduduk tempatan dan serantau, pemerintahan Portugis dapat bertahan sehingga tahun 1641. Era penjajahan Portugis nampaknya lebih lama daripada pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka itu sendiri!. Tahun 1641, Portugis dikalahkan oleh  kuasa Eropah lain iaitu Belanda. Belanda menawan Melaka dengan bantuan orang Melayu Johor yang ketika itu mewarisi tradisi pemerintahan feudal pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
Penguasaan Belanda ke atas Tanah Melayu diteruskan dengan kuasa imperialis Inggeris ke atas Pulau Pinang pada tahun 1786. Francis Light dengan tipu muslihatnya berjaya menguasai Pulau Pinang dan Seberang Prai (1800) daripada Sultan Abdullah. Dengan berkibarnya bendera Union Jack di Pulau Pinang (kemudian ditukar nama kepada Prince of Wales) maka bermulah era penaklukan British di Tanah Melayu. Kemudian dengan rakusnya pihak imperialis Inggeris menguasai satu demi satu Negeri-Negeri Melayu. Bermula dengan Pulau Pinang (1786), Singapura (1819), Melaka (1824), Naning (1831), Perak (1874), Selangor (1875), Negeri Sembilan (1887) dan Pahang (1888). Perjanjian yang dimeterai mengakibatkan sultan-sultan Melayu terpaksa menerima "Penasihat British"

Jumaat, 28 Ogos 2009

KEPALA LEMBU VS KEPALA BABI

Dulu kita dikejutkan dengan kepala babi digantung di pagar masjid dan beberapa tempat peranginan di Melaka. Insiden berkenaan telah menggemparkan penduduk sekitar kerana orang bukan Islam telah berani menyuarakan tentangan secara terang-terangan dalam sebuah negara yang agama Islam menjadi agama rasmi di samping membenarkan agama lain bebas dianuti. Kini insiden yang hampir sama berlaku. Kali bukan kepala babi tetapi kepala lembu. Segelintir penduduk Seksyen 23 Shah Alam berarak dari Masjid Negeri ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor lepas solat Jumaat untuk meluahkan emosi protes dengan membawa kepala lembu yang disembelih ke bangunan SUK.

Rabu, 26 Ogos 2009

DULU LAIN SEKARANG LAIN




Jika dahulu di Johor yang menjadi kubu kuat BN, ada pepatah politik dimomokkan di Johor iaitu "kalau batang pisang diletakkan menjadi calon BN ; BN tetap akan menang". Begitulah suara sengau para pembangkang di Johor yang diucapkan sebelum PRU12. Kini pepatah tersebut tidak sesuai lagi di Johor khususnya malah di negara kita amnya. Johor bukanlah negeri selamat kepada BN atau benteng terakhir BN di Semenanjung.
Melihat kepada senario politik tanah air, pepatah tersebut boleh ditukar kepada pepatah politik berikut iaitu"kalau kepala babi diletakkan menjadi calon PR ; PR tetap akan menang".

Sabtu, 8 Ogos 2009

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU : DOKTRIN MENDAULATKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA


Semerah. Raja Muda Perak, raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan kepada semua warganegara mengenai 7 Wasiat Raja-Raja Melayu (7WRRM) ketika proses kemerdekaan tanahair yang diperkenankan pada 5 Ogos 1957 di King's House (Carcosa Seri Negara). Sembilan raja pemerintah Raja-Raja Melayu dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah menganugerahi wasiat ini untuk kaum Melayu dan kaum bukan Melayu yang akan mendiami Persekutuan Tanah Melayu. Wasiat keramat berbunyi sebagini :-

"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kami bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera."

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).