Ahad, 24 Ogos 2008

ERTI DEMOKRASI

Dahulu erti demokrasi ialah dari rakyat kepada rakyat iaitu daripada perkataan sanskrit Yunani. Maksudnya memilih pemerintah atau pemimpin berdasarkan suara majoriti. Yang paling kita ingat ialah ciri UTAMAnya ialah mengadakan pilihanraya untuk memilih pemerintah atau pemimpin.
Konsep tersebut digunapakai sekian lama sehinggalah sekarang hampir 80% negara-negara di dunia mengamalkan amalan demokrasi. Cuma ada negara yang mengasimilasikan mengikut kesesuaian negara berkenaan. Contohnya negara Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan.
Antara lain demokrasi ini juga menganjurkan istilah kebebasan atau hak asasi.
Hak asasi ini mencakupi hak bersuara dan hak bermobiliti. Hak ini bukan bermaksud cakaplah sesuka hati dan pergilah ke mana-mana tanpa sempadan.
Namun atas istilah demokrasi inilah pengertiannya telah diubahsuai mengikut acuan individu itu. Dengan lain kata "cakap ikut suka hati" kerana itulah kebebasan sebenarnya, hak asas setiap manusia iaitu hak bersuara. BETULKAH?
Kita perlu membataskan diri dan lidah daripada menyuarakan bait-bait bicara yang akan menyakit hati orang lain atau masyarakat lain. Kalau seseorang itu merasakan tidak manis untuknya wajarlah jangan diungkapkan bicara tersebut.
Semua orang boleh berbicara tapi tidak semua orang boleh berbahasa. Pereloklah bahasa agar bicara kita direstui. Ingatlah lidah lebih tajam dari mata pedang. FIKIRKANLAH!

Tiada ulasan: