Rabu, 21 Julai 2010

LAMAN WEB, BLOG DAN LAMAN SOSIAL MENDOMINASI WACANA PERDANA

Lama tidak menulis coretan di blogku ini. Entah mengapa hari ini tergerak untuk menulis kembali. Senario
lambakan laman sembang sosial seperti Friendster, Twitter dan Facebook menyebabkan ketidaklapangan masa untuk menulis. Tambahan pula 'hardcore business' perlu diutamakan. Keinginan menulis tidak pernah padam. Mencetuskan idea itu lebih baik daripada menerima idea orang. Idea tidak sama antara satu sama lain. Idea yang bernas akan mampu mencorakkan minda dan pesepektif pembaca. Perbezaan pandangan adalah lumrah dalam kehidupan.
Masing-masing ada metod tersendiri dalam mengupas sesuatu perkara. 
Laman sembang Facebook menyebabkan  saya terpengaruh mencoretkan sesuatu isu. Namun tidak banyak hujah dapat diperjelaskan. Jadi penulisan dalam blog lebih kondusif untuk menjelaskan sesuatu isu. Saya percaya laman sosial akan menjadi medan terbuka untuk menyuarakan pandangan. Dulu pada tahun 1998 dan 2004, laman web memainkan peranan penting dalam arena politik ketika itu. 2008, laman blog mencetuskan fenomena penulis mencorakkan idea politik sehingga 5 buah negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat. Kini laman sembang sosial seperti Twitter dan Facebook akan memainkan peranan utama dalam meluahkan idea rakyat siber terhadap senario politik, ekonomi dan sosial tanahair. Kita tidak boleh menolak rempuhan teknologi maklumat kepada generasi masa kini. Para penyembang akan terus berperang dalam meluahkan apa yang terbuku di hati masing-masing. Mereka ada idea yang mungkin berbeza dengan kita. Semua mengharapkan kebaikan dan kesejahteraan kepada agam
a, bangsa dan tanahair.

Tiada ulasan: