Isnin, 3 Oktober 2011

MELAYU HILANG DI DUNIA?


Kali ini saya ingin berkongsi pengetahuan dan pemikiran dalam buku yang saya baca iaitu Melayu Hilang Di Dunia ini adalah nukilan Khalid Salleh. Beliau menerima Anugerah Seni Negara pada tahun 2006. Sebagai karyawan, beliau pernah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Asia melalui filem Jogho.  Walaupun beliau lebih dikenali sebagai pengiat filem, aktor dan aktivis teater. Beliau juga adalah kolumis dan pensyarah sambilan di UiTM dan UMS.
Melalui bahasa yang mudah difahami, pengarang menjelaskan bahawa bangsa Melayu akan hilang di mata dunia oleh sebab bangsa itu sendiri yang menjadi penyebab utama kehilangan tersebut. Namun demikian, bangsa lain juga ada memainkan peranan mempercepatkan lagi kehilangan bangsa Melayu. Melayu adalah bangsa, negara dan wilayah yang kedaulatannya merangkumi seluruh Kepulauan Melayu atau Nusantara (Malay Arechipelago) yang mempunyai ciri-ciri adat resam, budaya dan agama. Antara contoh ketara hilangnya Melayu diperincikan oleh penulis :
1.      Hilangnya secara sedar nama Persekutuan Tanah Melayu dengan digantikan kepada Malaysia, sedangkan nama Tanah Melayu tersebut telah tersohor lama. 

2.      Hilang juga kedaulatan bangsa Melayu apabila Singapura menuntut hak ke atas Pulau Batu Putih yang akhirnya mereka menang di The Hague.
3.      Pemilikan Singapura oleh Lee Kwan Yew secara tipu helah yang tidak disedari oleh Tunku Abdul Rahman. Lee Kwan Yew telah mengambil kedaulatan dan ketuanan Melayu.
4.      Hak keistimewaan orang Melayu telah dipertikai dan diperlekehkan oleh bangsa sendiri dan bangsa pendatang.
5.      Hilangnya keberanian pemimpin Melayu untuk bersuara atas nama dan semangat Melayu. Menyuarakan nada berunsur Melayu dianggap rasis manakala bangsa lain boleh memperjuangkan nasib mereka atas dasar rakyat Malaysia yang mempunyai hak yang sama dengan bangsa Melayu. Contoh kes keris yang dibawa oleh Datuk Hishamuddin Hussein yang akhirnya memohon maaf kepada bangsa lain ! dan kes Namawee.

6.      Memberikan taraf yang berlebihan kepada bangsa lain ; dengan menghilangkan status bangsa Melayu. Contoh pemberian status Little India di Jalan Brickfield dan China Town di Petaling Jaya. Ironinya, Kampung Baru masih di takuk lama yang masih sekarang kabur pembangunannya.
7.      Tidak mendaulatkan bahasa Melayu. Orang Melayu kekok bertutur dalam bahasa Melayu. Pengenalan PPSMI di sekolah merendahkan martabat bahasa Melayu itu sendiri..
8.      Penghapusan tulisan Melayu (Jawi) sebagai subjek di sekolah.
9.      Nama bangsa (Melayu) dihapuskan pada kad pengenalan.
Sebab hilangnya Melayu di dunia kerana :
1.      Pemimpin Melayu tidak berani bersuara, tidak mahu membantu seikhlas bangsa sendiri dan lebih sukan membantu bangsa lain untuk menjaga hati bangsa lain. Mereka umumnya bukan pejuang bangsa.
2.      Melayu tidak mengenali apatah lagi mendalami sejarah Melayunya.
3.      Melayu yang tidak merasa bangga dilahirkan oleh Allah sebagai Melayu.
4.      Melayu yang mudah dibeli atau dijulap oleh bangsa asing
5.      Kesilapan pemimpin dalam pentadbiran seperti pengenalan 1Malaysia yang lebih menguntungkan bangsa lain berbanding bangsa Melayu
6.      Bangsa Melayu sendiri tidak mengiktiraf kedaulatan bangsa Melayu. Contohnya ada yang sanggup mengatakan “negara ini adalah negara semua orang”.
7.      Penyiaran dan penerangan oleh jentera-jentera pemerintah dengan memberikan bibit perubahan yang bersifat negatif kepada apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu.
8.      Pemimpin Melayu tidak berfikir tentang bangsa dan negara Melayunya.
9.      Melayu tidak berfikir jauh tentang hak kedaulatan bangsa dan negaranya.
10. Pemimpin bangsa Melayu lebih memenangkan bangsa lain untuk tujuan politik.
11. Politik Melayu sudah tidak lagi mampu menegakkan nilai-nilai dan peradaban Melayunya.
Contoh kebiadapan bangsa lain :
1.      Peristiwa 13 Mei : Keinginan secara rakus untuk mengusir (menyapu) orang Melayu.
2.      Asal usul dan keturunan Melayu juga dianggap sebagai bangsa pendatang di Tanah Melayu.
3.      Ungkapan “Tidak ada ketuanan Melayu” oleh Chua Soi Lek, seorang pemimpin parti kompenen BN yang mempunyai skandal seks di Batu Pahat.
4.      Apabila berpeluang mereka akan mencari ruang untuk menunjukkan kuasa seperti penguasaan MPAJA (Bintang Tiga) setelah tamat Perang Dunia Kedua. MPAJA berkuasa selama 2 minggu dengan membalas dendam terhadap orang Melayu.

5.      Kebanggan negara dipersendakan seperti kes Namewee yang membuat klip video Negarakuku.

Persoalan yang ditimbulkan oleh penulis :
1.      Mengapa Tunku Abdul Rahman mudah untuk menerima nasihat British agar disertakan kaum Cina dan India dalam proses kemerdekaan. Sedangkan mereka tidak turut sama menentang Malayan Union. Penulis member jawapan iaitu kaum Cina dan India adalah pendatang yang tidak ada urusan sama sekali dengan persoalan hak kenegaraan arau kedaulatan bangsa Melayu terhadap Tanah Melayu. Jadi apa guna mereka terlibat sama!
2.      Mengapakah kita melabel tokoh yang menentang British sebagai pengkhianat dan penderhaka. Ini kerana British menggunakan tiket ‘daulat’ dan ‘derhaka’ iaitu semua pejuang menentang British dhukum derhaka kepada raja/sultan.

Kesannya kepada bangsa Melayu dan negara :
1.      Tulah atau celaka akan menimpa bangsa Melayu. Ini bertepatan dengan sumpah waadat antara Demang Lebar Dauan dengan Seri Teri Buana.
2.      Akan ditiadakan bangsa Melayu dan dikenali bangsa Malaysia ; seolah-olah memperakukan bahawa bangsa Melayu sudah tidak wujud di dunia ini.
3.      Berubahlah kata-kata keramat Hang Tuah, “Takkan Melayu Hilang Di Dunia” menjadi “Akan Hilang Melayu Di Dunia”.
4.      Perebutan kuasa, kedudukan, kekayaan serta amalan rasuah akan menjadi duri dalam daging. Akhirnya tiada lagi amanah di hati pekerja.
Penulis mencadangkan agar ungkapan baru iaitu “Pastikan Melayu Tidak Akan Hilang Di Dunia!” Seterusnya menyarankan agar pemimpin Melayu menjadi pembela bangsa dan negara. Barang pemimpin yang tidak mampu mengenal erti kedaulatan bangsa dan negara maka pemimpin tersebut tidak perlu dipanjangkan kedudukan malah dinyahkan secepat mungkin. Janganlah memberi muka untuk mengelakkan kaduk naik junjung sehingga pepat di luar rencong di dalam. Belajarlah daripada sejarah. Fakta sejarah tentang kewujudan Tanah Melayu dan kehadiran bangsa-bangsa lain di negara ini tidak pernah dijelaskan kepada orang Melayu secara telus dan disembunyikan daripada pengetahuan generasi sekarang ini. Akibatnya hal-hal berkaitan kedaulatan Melayu diperkotak-katikkan oleh pemimpin bukan Melayu, kononya atas dasar demokrasi iaitu kebebasan bersuara. Orang Melayu terlupa atau hampir lupa bahawa secara politiknya telah dibunuh oleh pemimpinnya sendiri akhirnya mengakui negara ini adalah negara semua orang.
            Maka Melayu mesti belajar sejarah bangsanya untuk mengetahui masa lalu, melihat masa kini dan membayangkan masa depan bangsa berdasarkan masa kini.

Tiada ulasan: